Monday 27 December 2010

Dilema Kerjaya








































Pertama kali dalam sejarah kerjaya aku, seorang Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) telah menawarkan satu jawatan yang amat penting di Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya (19 Disember 2010). Pengiktirafan yang begitu besar terhadap diriku membuatkan aku dalam dilema dalam membuat pilihan antara KEHENDAK KPPM dan KEPERLUAN keluarga. KPPM mengharapkan aku dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada beliau khususnya dan KPM amnya. Namun tuntutan keluarga juga amat penting dalam penerusan hidup ini. Dengan menjadi Pegawai Khas kepadaNya sudah pasti aku terpaksa berada di Putrajaya dan memerlukan pengorbanan yang besar samaada seluruh keluarga akan berpindah atau aku sendirian sahaja. 

Sekiranya seluruh keluarga berpindah sudah pasti berlakunya gangguan emosi dan psikologi terhadap anak-anakku yang masih bersekolah terutamanya yang berada di Tingkatan 5 yang akan menduduki SPM. Sekiranya aku pindah sendirian, sudah pastilah isteriku bertambah tanggung jawab dan bebannya yang terpaksa mengurus tiga orang anak yang masih bersekolah kesemuanya. Akhirnya aku terpaksa membuat keputusan untuk menolak tawaran jawatan tersebut. Bagiku, keluarga adalah lebih penting daripada kerjayaku sendiri.

No comments:

Post a Comment