Thursday 15 March 2012

LAWATAN KE UZBEKISTAN

1 Mac 2012 (Khamis) - Bukhara






















Kapalterbang mendarat pukul 3.00 pagi waktu Uzbekistan di lapangan terbang Antarabangsa Tashkent (Malaysia mendahului 3 jam). Proses daftar masuk agak perlahan lebih-lebih lagi dengan penumpang-penumpang yang suka membuat kacau dan potong barisan. Hampir pukul 7.00 pagi baru keluar dari lapangan terbang dan terus menaiki bas untuk pergi ke lapangan terbang domestik pula untuk lawatan ke Bukhara.
Proses check-in berjalan lancar dan terus menaiki kapalterbang ke Bukhara. Perjalanan mengambil masa 1 jam 20 minit.





























Sebaik sampai kami telah dibawa terus ke Hotel Asia Bukhara untuk penginapan. Sungguh nyaman udara di bumi kelahiran Imam Bukhari ini. Selepas bersarapan dan berkemas kami telah dibawa ke tempat-tempat bersejarah.

Selepas itu kami telah dibawa ke Sekolah No. 2 Bukhara. Disini kami telah diberi taklimat mengenai sekolah, lawatan ke bilik-bilik darjah dan dihidangkan dengan persembahan budaya oleh murid-murid sekolah.

Sebelah petang kami juga dibawa ke bandar lama Bukhara hasil daripada ekskavasi. Dapat juga kita mempelajari bagaimana kehidupan zaman dulu hasil daripada ekskavasi ini.

Di hadapan pintu masjid. Tiang-tiang yang kelihatan itu adalah dariapada kayu yang beratus tahun usianya.




























2 Mac 2012 Jumaat - Bukhara

Selepas sarapan dan (check-out) kami telah di bawa Masjid lama dan kedua terbesar di Uzbekistan 

Selepas itu kami dibawa pula Istana lama yang telah dijadikan sebagai pusat pelancongan. 
Pelbagai cerita menarik mengenai istana lama ini termasuklah penjara kecil untuk orang-orang yang 
ingkar perintah raja (Gambar 2 : Di puncak Istana lama)

Selepas itu kami dibawa pula ke sebuah lagi masjid lama yang masih digunakan lagi untuk 
sembahyang jumaat dan hari raya. Berhadapan dengan masjid ini ialah Madrasah yang dihuni lebih 
kurang 100 orang murid. Akhir sekali kami membeli belah di bazaar yang berhampiran sebelum 
bertolak ke Samarkand dengan menaiki bas.



























Pukul 12.00 tengahari, kami meninggalkan kota Bukhara menuju Samarkand. Dalam perjalanan singgah untuk makan tengahari dengan masakan kesukaan ramai iaitu 'nasi pilov'. Enak sekali. Kami sampai di Samarkand pukul 7.00 malam dan menginap di Hotel Asia Samarkand.






















































3 Mac 2012 ; Sabtu - Samarkand

Selepas sarapan kami telah dibawa ke kompleks makam sepupu Rasullallah iaitu Qusam Ibn Abbas Majmuassi dan beberapa makam alim ulama yang disemadikan di situ.

Setelah itu, kami telah berkunjung ke 'Samarkand Region Institute of Upgrading Qualification and Retraining of Pedagogical Cadres'. Kami telah disambut dengan meriah sekali dan taklimat diberikan oleh Rektornya iaitu Mr. Azamat E. Kurahmecov


Pertemuan ini telah memberi kefahaman tentang sistem pendidikan di Samarkand terutamanya berkaitan dengan latihan guru





































































































4 Mac 2012 ; Ahad - Samarkand


Selepas check-out dan sarapan, kami terus menuju ke Kompleks Makam Imam Bukhari yang terletak kira-kira 30 km dari Samarkand. Cuaca sangat sejuk ketika itu tambahan pula diiringi dengan hujan dan angin. (Gambar 1 & 2 : Dihadapan makam Imam Bukhari ; Timbalan Imam Mesjid Imam Bukhari memimpin bacaan doa untuk kami)

Selepas kira-kira sejam disini, kami terus menuju ke Tashkent dengan menaiki bas. Perjalanan dari Samarkand ke Tashkent mengambil masa kira-kira 6 jam mempunyai pemandangan yang menarik sekali. Ia menunjukkan bahawa Uzbekistan adalah negara pertanian yang mempunyai kawasan perladangan yang sangat luas. Kami sampai di Tashkent pada pukul 5.00 ptg dan terus check-in di Hotel Tashkent Palace.









Bersama Duta Malaysia TYT Aziz Harun ; Gambar 2: Delegasi bergambar dihadapan Kedutaan Malaysia di Tashkent

5 Mac 2012 ; Isnin - Tashkent

Selepas sarapan kami telah membuat kunjungan hormat ke Kedutaan Malaysia di Tashkent yang disambut oleh TYT Duta Besar Malaysia iaitu Aziz Harun. Kami telah diberi taklimat berkaitan dengan Uzbekistan dan hubungannya dengan Malaysia. Majlis ramah mesra bersama kakitangan kedutaan telah memberi pengertian yang mendalam bagi kami mengenai kehidupan mereka di perantauan.


















































Selepas acara ini kami telah dibawa ke Tashkent State Pedagogical University. Disini kami juga telah didedahkan dengan sistem pendidikan Uzbekistan termasuklah pendidikan di peringkat universiti.


6 Mac 2012 ; Selasa - Tashkent

Saya bersama dengan Dr. Zainab (Timbalan Pengarah IAB), Dr. Shahri dan Nazhatul Shima telah dibawa oleh Duta ke Pejabat Menteri Pelajaran Awam untuk suatu mesyuarat ringkas. 
Menerima cenderahati dari Timbalan Menteri Pendidikan Awam Uzbekistan

Selepas sejam bermesyuarat dengan Timbalan Menteri Pelajaran, kami bersama dengan peserta lain telah pergi ke Sekolah No. 28 Tashkent. Kami telah diberi peluang untuk meninjau kelas-kelas yang sedang berlangsung dan diakhiri dengan taklimat oleh pihak pengurusan sekolah.
Murid-murid sedang belajar matapelajaran Kimia dalam kelas. Di atas meja setiap murid terdapat radas dan bahan untuk ujikaji














































































7 Mac 2012 ; Rabu - Tashkent

Salji turun dari waktu subuh lagi. Tanpa melepaskan peluang ramai dikalangan kami mengambil kesempatan bermain salji sambil merakamkan saat-saat indah dan menarik ini.

Selepas itu kami dibawa ke sebuah sekolah musik di Tashkent. Malaysia seharusnya membuat kajian mendalam mengenai sekolah ini yang telah dapat menghasilkan pemuzik bertaraf dunia. Diakhir lawatan kami di sekolah ini, kami telah dibawa ke dewan besar untuk persembahan daripada kalangan murid-murid. Sememangnya mereka tergolong sebagai pemuzik yang profesional.










































Setelah selesai, kami dibawa ke Institut Latihan Pemimpin Sekolah (Central in-service and retratining Institute of public education staff named after Abdulla Avloniy. Disini kami telah diberi taklimat oleh Rektornya sendiri iaitu Mr. Maqsdujan A. Yuldashev. Institut ini adalah sama seperti dengan IAB dari aspek fungsi-fungsinya.

































Sebelah petang, kami telah dibawa ke sebuah bazaar yang menjual pelbagai barangan. Bazaar ini cuma 12 km sahaja dari sempadan Afghanistan.








































































8 Mac 2012 ; Khamis - Tashkent


Hari ini merupakan cuti umum bagi Uzbekistan sempena Hari Wanita Sedunia. Kami mengambil kesempatan ini untuk berkonvoi dengan 9 buah kereta menuju ke gunung berhampiran Tashkent untuk bermain salji dan melihat pemandangan indah. Perjalanan mengambil masa sejam untuk sampai. Selepas bermain sepuasnya, kami kembali ke Tashkent untuk berkemas-kemas untuk pulang ke Malaysia. Pukul 7.00 ptg kami bertolak ke lapangan terbang Tashkent dan selepas selesai proses check-in, imigresen dan kastam, kami terbang pada pukul 10.15 malam. Sampai KLIA pukul 8.00 pagi waktuMalaysia (9 Mac 2012)


1 comment:

  1. This article are supper help full if you want to know more about management and leadership course then please click here.

    ReplyDelete