Monday 11 June 2012

Perintis Pembukaan Kg Balun, Slim River 1920

Senarai Peneroka/Perintis Pembukaan Kg Balun 1920.

1. Mohd Ibrahim bin Bujang (Ketua Kampung 1920-1960) - Ketua Kampung Pertama
2. Ibrahim bin Awang
3. Medan bin Ali
4. Ngah bin Maon
5. Yop bin Bedol
6. Otot bin Sani
7. Lebai Daud bin Hj. Mat Saman
8. Arshad bin Kahar
9. Hamzah bin Omar
10. Abu Hassan bin Yunus
11. Mohd Yunus bin Imam Muda
12. Alang bin Bujang
13. Lebai Binuh bin Tinggora
14. Hj. Mohd Nor bin Babul
15. Jais bin Jamil
16. Hj. Zainal Abidin bin Katib Sutan
17. Abdul Samad bin Anggot
18. Mat Said bin Bilal
19. Chek Mat bin Ibrahim
20. Chek Saleh bin Shukur
21. Imam Adam bin Hj. Mustaffa (meninggal dunia 1974)
22. Wi bin Akil
23. Lebai Ganti bin Sulop
24. Dogo bin Kabut
25. Khatib Maamor bin Taha
26. Lebai Jali
27. Alang bin Saleh
28. Jamaludin
29. Abdul Hamid bin Jamal (Kamal)
30. Othman bin Bujang (meninggal dunia 1973) - Ketua Kampung Ke 2
31. Kantan bin Nakir (meninggal dunia 17.11.1990)
32. Jabar bin Hj Mustaffa (Tok Misai) --- ?

(Dinukilkan oleh Cikgu (Dr.) Hj. Ghazali Abdul Wahab.
57 Jalan Anggerik, Taman Seroja, Slim River, Perak)


------------------------------------------------------------------------------------------------------


KESAH "BUJANG KELANA" :

Bujang Kelana (nama asalnya dirahsiakan) adalah keturunan Raja Tembusai, Sumatera Indonesia yang memerintah tiga buah daerah iaitu Tembusai, Dedalu dan Sedingin. Raja Tembusai yang bernama Sutan Malim Maharaja Lela mempunyai 3 orang anak ; yang pertama lelaki, kedua perempuan dan ketiga 'Bujang Kelana'.
Apabila Raja Tembusai mangkat, berlakulah perebutan kuasa antara anak sulung dengan 'Bujang Kelana'. Masing-masing ingin menjadi Raja Tembusai. Namun bagi mencari penyelesaiannya Abang Sulung telah menawarkan suatu pertaruhan pelik antara dia dengan "Bujang Kelana". Pertaruhannya ialah 'Bujang Kelana' hendaklah mengambil seulas durian yang hendak dibuat lempuk dan dicincang  lumat dan ditanam. Sekirannya biji durian itu tumbuh, maka beliaulah yang layak menjadi Raja Tembusai. Manakala abang sulungnya pula perlu mengambil seulas durian dalam kawah yang sedang menggelegak panas untuk dibuat lempuk dan menanamkannya. Sekiranya biji durian itu tumbuh, maka beliaulah yang layak menjadi Raja Tembusai. 'Bujang Kelana' menolak tawaran ini lalu berkelana ke Tanah Melayu.

'Bujang Kelana' dengan perasaan marah, nekad dan tercabar lalu mengambil sebuah perahu lalu berseru kepada Abang dan Kakaknya serta rakyat Tembusai, " Mulai saat ini nama hamba ialah 'BUJANG'. Aku merentas Selat Melaka yang luas ini ke Tanah Melayu. Aku pasrah kepada Illahi. Dimana sahaja aku terdampar kelak di situlah aku mengabdikan diri dan sujud kepada Illahi. Namun balik ke Tembusai tidak sekali. Selamat tinggal kekandaku berdua dan selamat tinggal tanah tumpah darahku Tembusai dan rakyat sekelian.

Pelayaran 'Bujang Kelana' akhirnya sampai ke Kelang. Sebelum beliau naik ke darat beliau telah menerajang perahunya sambil berkata "Hanyutlah kamu kemana sahaja di bawa arus lautan luas ini dan aku akan ber'Kelana' di daratan tanpa ku ketahui kemana arahnya. Aku pasrah kepada Tuhan yang maha Esa di mana sahaja rezekiku ditentukan oleh Illahi di situlah aku akan sujud dan mengabdikan diri di bumi bertuah itu nanti.

Perjalanan 'Bujang Kelana'  di daratan akhiranya sampai ke kampung Lubuk Salak Selangor dalam tahun 1870. 'Bujang Kelana' adalah seorang yang kacak, rajin, baik budibahasanya, pandai ilmu agama dan ilmu persilatan. Sifat-sifat terpuji 'Bujang Kelana' telah mendapat perhatian Tok Menteri Husain, Orang Besar Daerah Hulu Selangor lalu mengahwinkanya dengan anaknya, Cik Andak Jiwa.

Perkahwinan 'Bujang Kelana' dengan Cik Andak Jiwa telah dikurniakan 4 orang anak iaitu IBRAHIM, Alang, Bedah dan OTHMAN. Kegigihan 'Bujang Kelana' terbukti dimana beliau telah diberi kepercayaan menjadi kontrektor membina landasan keretapi dari Tg Malim ke Sungkai dan kontraktor membuka Ladang Besout. Bagi memudahkan pekerjaannya 'Bujang Kelana' telah berpindah ke Kg Bantang pada tahun 1876 dan menetap di sana hingga akhir hayatnya.

IBRAHIM BIN BUJANG, anak sulung 'Bujang Kelana' meneruskan usaha-usaha bapanya menjadi kontraktor membuka Ladang Cluny, Bedfort, Trolak, Sg Chinoh. Semasa pemerintahan Inggeris beliau dikenali sebagai MOHAMAMAD IBRAHIM ESQ.

IBRAHIM BIN BUJANG serta 32 orang lain telah membuka Kg Balun pada tahun 1920. Maka bermulalah era KG. BALUN yang mengikut kepercayaan ramai diambil namanya daripada Ketua Orang Asli disini yang bernama TOK BALUN.

(Ringkasan kesah ini dipetik daripada nukilan Cikgu Dr. Ghazali Abdul Wahab)

13 comments:

  1. Perintis Pembukaan Kg Balun 1920= 18. Mat Said bin Bilal, atok aku, dah meninggal tahun 60an accident di simpang balun, al fatihah...

    ReplyDelete
  2. Saya berbesar hati sekiranya saudara dapat menceritakan sedikit berkaitan dengan Atok Saudara serta keturunannya terutamanya yang masih lagi tinggal di Balun.

    ReplyDelete
  3. Otot bin Sani moyang aku..mesti sungguh gagah moyang aku nih haha>>

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam. Otot bin Sani moyang saya juga. Saya dari jurai anaknya Jaaffar

      Delete
  4. Oit... Asal name moyang aku xtulis skali.. Nape tulis ngah bin maon.. Imam maon dgn ibrahim bujang bersaudara.. Adoi.. Ni nk gelapkn fakta ni.. Tu name kt tugu kg xtgk ke hadui...

    ReplyDelete
  5. Tu cucu ibrahim bujang xnk cerita ada lg kt surau tinggi tu..

    ReplyDelete
  6. Waris sah bujang kelana ada dok tinggal kt surau tinggi lagi.. Abdul hamid( atan)

    ReplyDelete
  7. Salam en.. Setelah di semak kebanyakkan name y ditulis perintis kg tu jenerasi ke2... Seperti datuk en. Y dilantik oleh moyang saya y pd ketika itu tiada org y layak di jdkn imam melainkan datuk en.. Dn diajar oleh moyang saya... Tp xkisah la semua tu, janji kite semua ank balun.. Sekian# tempat y jatuh lg d kenang... Inikn pula tmpt permainan#

    ReplyDelete
  8. Khatib Maamor Bin Taha difahamkan merupakan moyang saya yg mempunyai puluhan ekar kebun getah. Anak sulongnya Bibah Bt. Khatib Maamor berkahwin dgn Lebai Zakaria bin Lebai Tandan yg juga keturunan dari Tembusai dan diceritakan berhijrah keJenderam dan Bangi. Panjang cerita.....anak ke-4 Khatib Maamor pula ia Mohd Yusuf Bin Khatib Maamor berkahwin dgn Mariam Bt. Hj. Jabar (Sasi) juga jurai keturunan dari Tembusai di Jenderam. Mohd Yusuf adalah datuk saya. Namun ketika ini saya tidak dpt lagi mengesan waris Khatib Maamor di Kg. Balun. Terakhir pernah bertemu Cikgu Saidin Bin Katib Maamor pd awal 80an. Kini terputus hubungan apb generasi lama meninggal dunia. Namun Kg. Balun tetap di hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Nama opah saya Saharah/Zaharah Binti Khatib Maamor(anak bongsu perempuan kepada khatib maamor). Ada sorang anak perempuan arwah iaitu makcik saya masih tinggal di kampung balun. Kami pun biasa balik ke kampung

      Delete
  9. Kampong Balun diasaskan oleh Pedekar Bugis dari Pulau Maluku Indonesia bukan dari Sumatra Indonesia. Buktinya 2 keranda batu orang Bugis telah pun dijumpai olah Ahli archialogi British di 1920an Dan keranda batu itu telah dihantarkan ke Museum Singapore utk dipamerkan kepada orang ramai. Tapak Rehat House Slim River adalah Tanah Perkuburan Orang Bugis. Justeru itu buktinya orang Bugis yang menetap di Kampong Balun dahulu Kala.
    Kesimpulannya pengasas bukanlah yang disebut-sebut oleh sesetengah penulis sejarah kononnya

    ReplyDelete