Wednesday 19 September 2012

Ekspedisi Berbasikal JantungKu untukMu 1989

1. Seramai 24 orang ahli MAKSAK Perak telah berbasikal sambil mengutip derma untuk Tabung Jantung Negara. Kami telah berbasikal dari Stesen RTM Ipoh ke Angkasapuri yang mengambil masa 3 hari.

2. Hari pertama melalui pekan Gopeng, Kampar, Tapah, Bidor, Sungkai dan Slim River. Telah berkhemah di kawasan tanah lapang bersebelahan Balai Bomba Slim River.

3. Hari kedua melalui pekan Tg Malim, Kalumpang, Kuala Kubu Baru, Serendah Golf Club, Rasa, Rawang dan bermalam di khemah Templer Park. Di Serendah Golf and Country Club kami telah diraikan oleh Mustapa Kamal (Tan Sri).

4. Hari ketiga kami berbasikal melalui beberapa jalan di Kuala Lumpur ke Angkasapuri. Sebelum ke Angkasapuri kami singgah di Ibu Pejabat TOTO untuk diraikan dan menerima derma dari syarikat tersebut. Di Angkasapuri kami berkhemah di padang berhampiran. Malang sekali pada malam itu hujan sangat lebat yang telah membasahi khemah yang akhirnya memaksa kami untuk berpindah ke pentas berhampiran.

5. Konsert khas Tabung Jantung Negara diadakan di Auditorium Angkasapuri yang dihadiri Dr. Mahathir Mohamad (Dato'), Perdana Menteri Malaysia ketika itu untuk menerima derma daripada semua negeri dan syarikat-syarikat swasta terpilih. SUK Perak telah menyampaikan derma lebih kurang RM 60000.00 (termasuk dari kutipan kami sepanjang perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur). Kumpulan kami juga diberi penghormatan untuk naik ke pentas sebagai sebahagian daripada gimmick persembahan yang diadakan secara langsung di TV oleh RTM.

6. Sepanjang perjalanan kami dari Ipoh ke Kuala Lumpur telah diiringi dengan kawalan Polis Trafik, ambulan, dan krew RTM yang membuat lintas langsung dari masa ke masa melalui radio.

No comments:

Post a Comment