Tuesday 18 September 2012

Kembali Beriadah

Hari ini aku telah memulakan aktiviti  berbasikal setelah sekian lama aku telah meninggalkannya. Kayuhan aku hari ini hanya sekitar 15 km sahaja yang mengambil masa lebih kurang sejam. Telah lama aku tidak mengamalkan hidup sihat. Jika dulu sekembali dari pejabat, jika tidak berjogging di Tasik aku akan bermain tenis dengan rakan-rakan sepejabat. Walaupun aku telah lama tidak berjoging, bermain tenis atau berbasikal namun aku merasakan diriku tetap sihat seperti dulu.

Tetapi dua minggu lepas aku telah diserang penyakit radang sendi di ibu jari kaki kanan. Selepas dibuat 'ujian darah', aku disahkan mengidap penyakit gout kerana kandungan uric acid aku (484 umol/l)  telah melebihi paras normal iaitu 209 hingga 431 umol/l. 

Total cholesterol aku pula ialah 5.6 mmol/l sedangkan paras normal ialah di bawah 5.2 mmol/l. Manakala kadar total cholesterol terhadap HDL-Chol ialah 5.3 sedangkan kadar normal adalah di bawah 4.5. Mereka yang melebihi kadar 4.5 adalah dikategorikan sebagai berisiko tinggi diserang penyakit jantung dan darah tinggi. Alhamdullillah ketika ini, aku disahkan tidak mempunyai kedua-dua penyakit tersebut.

Doktor telah menasihatkan aku supaya melakukan senaman atau mengeluarkan peluh setiap hari umpamanya berbasikal sekurang-kurangnya sejam sehari. Disamping itu, hendaklah sentiasa mengamalkan pemakanan sihat sesuai dengan keadaan kesihatan ketika ini.

No comments:

Post a Comment