Sunday 22 October 2017

Medan & Danau Toba

14 - 16 Oktober 2016

Tepat pukul 4.15 pagi (14.10.17) aku dan Lin berjalan kaki daru rumah Pengarah ke garaj bas. Bas dijadualkan bertolak ke lapangan terbang Pulau Pinang pada pukul 4.30 pagi. Kira-kira pukul 4.35 semua ahli Majlis Mesyuarat Profesional dan Pentadbiran (M3P) IPGKTB telah berada dalam bas. Kami sampai di lapangan terbang Pulau Pinang kira-kira pukul 5.00 pagi dan wakil agen pelancongan kami sudah sedian menunggu.
Ahli Mesyuarat M3P IPGKTB
Kami telah membuat group check-in dan selesai kira-kira pukul 5.45 pagi. Selepas itu kami solat berjemaah di surai lapangan terbang. Aku dan Lin minum pagi dengan roti bakar sahaja. Kira-kira pukul 8.10 pagi kapal terbang berlepas ke Medan dan mendarat di lapangan terbang baru iaitu Kualanamu pada pukul 8.00 pagi (waktu Indonesia).

Selepas proses daftar keluar, kami terus ke hotel Wing untuk mesyuarat M3P IPGKTB. Selepas bermesyuarat selama 2 jam, kami bergerak ke Prapat. Perjalanan yang jauh melalui jalan yang berliku dan sempit. Kami tiba di Prapat kira-kira pukul 6.00 petang dan menginap di Hotel Patra Comfort.

Hotel ini terletak di tepi Danau Toba dengan pemandangan yang amat menarik dan cantik.
Menginap di Hotel Patra Comfort, Prapat
Berlatar belakang Danau Toba, di Hotel Patra




Semua Ketua Jabatan, Ketua Unit dan SUA IPGK Tuanku Bainun.

15 Oktober 2017

Selepas sarapan pagi di hotel kami berkemas untuk bergerak ke Pulau Samosir yang terletak di tengah-tengah Danau Toba. Kira-kira pukul 9.00 pagi kami menaiki bot ke Pulau Samosir yang mengambil masa lebih kurang 40 minit merentasi Danau Toba. Kami berada di sini lebih kurang 2 jam mendengar taklimat berkaitan kehidupan orang Batak di Pulau Samosir termasuk sejarah panjang mereka yang suatu ketika dulu yang hidup ala kanibal.
Rumah Batak di Pulau Samosir






























Tempat pemancungan orang bersalah

Taklimat pemandu pelancong, En. Osman Jailani





Di Puncak Simaranjang menghala ke Danau Toba

Selepas itu kami menaiki bot kembali untuk ke Prapat dan makan tengahari. Setelah selesai makan dan solat kami terus balik ke Medan. Perjalanan ke Medan kami singgah tiga tempat yang menarik iaitu Puncak Simaranjang, Air Terjun Sipiso-piso dan Brastagi. Puncak Simaranjang merupakan tempat singgahan untuk melihat Danau Toba dan Pulau Samosir dari Barat. Pemandangan dari sini sememangnya indah.

Air Terjun Sipiso-piso

Selepas berehat sebentar sambil minum kopi halia dan goreng pisang di puncak Simaranjang kami bergerak ke singgahan kedua iaitu air terjun Sipiso-piso. Pemandangan cantik di sini sambil menikmati bayu Danau Toba.

Gunung Berapi Cinabung yang masih lagi meletus

Dalam perjalanan kami ke Brastagi, kami melalui banyak perkampungan kaum batak yang majoritinya beragama Kristian. Kelihatan di kiri kanan jalan perkampungan terdapat banyak gereja. Pekerjaan utama mereka adalah petani dengan menanam pelbagai jenis sayuran dan pokok buah-buahan seperti limau dan pisang kaki.

Kami juga bernasib baik dapat melihat Gunung Berapi Cinabung yang masih lagi aktif dan mengeluarkan larva dan debu dalam kuantiti yang kecil.

Kami tiba di Brastagi kira-kira pukul 7.00 malam dan terus di bawa ke pusat jualan buah-buahan. Ramai antara kami yang membeli buah-buahan di sini seperti salak, pisang kaki, rasberi, limau dan lain-lain lagi. Setelah selesai membeli belah, kami terus di bawa ke restoran untuk makan malam. Kami terus bergerak ke Medan selepas selesai makan dan tiba di Medan kira-kira pukul 11.00 malam.

16 Oktober 2017

Istana Maimon - Medan

Acara di Medan adalah membeli belah di Pasar Ikan, melawat Istana Maimon dan Masjid Besar. Di Istana Maimon kami telah diberi taklimat oleh keturunan Raja Deli berkaitan berkaitan dengan pemerintahan kesultanan Raja Deli yang membina istana tersebut.

Taklimat Kerajaan Kesultanan Deli di Istana Maimon


No comments:

Post a Comment