Education Forum for Asia Conference
26.10.17 Khamis
2.00 ptg pagi berlepas dari airport Pulau Pinang ke KL. Di sini aku
bertemu 4 orang lagi wakil IPGM untuk ke konferens di Chengdu.
6.20 ptg berlepas dari KLIA2 ke Chengdu, China
10.30 mlm Tiba di Chengdu. (Waktu Malaysia sama dengan waktu China.
Maka tak perlu ubah jam). LO EFA (Ms Yi)
sedia menuggu dan terus membawa kami ke hotel. Aku menginap di hotel Yuhang
Business manakala 4 lagi peserta tidur di hotel lain.
27.10.17 Jumaat
10.30 pagi bertolak dari hotel ke tempat konferens untuk pendaftaran
dan terus daftar masuk hotel Jinjiang. Di sini Ms Yi telah sedia menunggu dan
setelah selesai daftar masuk hotel, Ms Yi membawa aku ke Tianfu Square dengan
menaiki metro (keretapi bawah tanah). Menaiki metro di sini terpaksa melalui
pemeriksaan keselamatan yang ketat dengan membuat imbasan x-ray ke atas semua
beg.
Dari stesen Jinjiang ke Tianfu Square cuma 2 yuan sahaja. Tianfu
Square merupakan tempat pelancong bersantai kerana terdapat beberapa tempat
yang menarik di sini termasuklah dua buah museum. Di sini juga terdapat sebuah
masjid dan deretan kedai makan Islam bersebelahan masjid. Aku makan nasi Pilov
di warong orang Uzbekistan.
Selepas makan tengah Ms Yi membawa aku berjalan-jalan di Tianfu
Square dan seterusnya balik ke Hotel Jinjiang. Oleh kerana kepenatan aku terus
balik ke bilik dan rehat serta tertidur.
Kira-kira pukul 4.30 petang aku keluar berjalan kaki di sepanjang jalan
mengarah ke utara. Sambil melalui Sg Jinjiang dan taman yang cantik aku terus
menyusuri jalan tersebut. Terdapat beberapa buah universiti di sepanjang jalan
ini. Dalam perjalanan aku ternampak sebuah kedai makanan kecil di tepi jalan di
mana tukang masaknya memakai tudung. Aku terus singgah mengucapkan salam untuk
memastikan dia Islam. Sememangnya dia seorang Islam. Anak perempuannya juga
memakai tudung. Komunikasi sangat susah untuk memesan makanan. Hanya berasaskan
gambar sahaja aku memesan. Aku harap lain (gambar seperti rojak) tetapi yang
dihantarnya ialah tumis kobis. Makan sahajalah. Kira-kira pukul 6.00 petang aku
sampai semula ke hotel.
Pukul 7.30 malam pergi ke dewan makan dan aku hanya makan
buah-buahan dan air oren sahaja sambil berbual dengan rakan delegasi IPGM.
28.10.17 Sabtu
Pagi ini bersarapan dengan maggi dalam bilik sahaja. Pukul 8.30 pagi
turun untuk upacara pembukaan EFA Conference. Pegawai Pengiring telah
mengiringi aku ke tempat duduk yang telah disediakan untuk aku lengkap dengan
nama aku sekali. Di atas mejaku sudah sedia dengan kertas nota serta pensil
bersama alat terjemahan. Pegawai Pengiring telah menunjukkan aku bagaimana
menggunakan alat tersebut. Hampir semua ucapan pembukaan dan ucaputama
disampaikan dalam Bahasa Cina. Cuma dua orang sahaja yang menggunakan Bahasa
Inggeris iaitu Konsul Amerika ke Chengdu dan Prof. Eva dari Jerman.
Menariknya selepas sesi perasmian, sesi ucap utama hanya menggunakan
masa 10 minit sahaja dan tidak ada sesi soal jawab.
Kira-kira pukul 12.15 tengahari aku bersama LO telah pergi Tianfu
Square untuk makan tengahari di restoran Islam yang dikendalikan oleh orang
Uzbekistan kerana kebanyakan makanan di hotel adalah tidak halal. Selepas makan
di sini kami berjalan kaki di sekitar Tianfu Square untuk mencari hotel untuk
menginap pada 29.10.17 kerana penganjur hanya menaja dua malam sahaja di
Jinjiang Hotel. Akhirnya kami temui hotel yang agak baik dengan harga yang
berpatutan (RM107).
Dari Tianfu Square kami menaiki metro ke People’s Park iaitu suatu
taman rekreasi untuk orang awam beriadah. Dari sini kami berjalan kaki ke Kuanzai
Ancient Street of Qing Dynasty. Berjalan di sini seolah-olah kita berada di
zaman Qing Dynasty (1644-1910) dengan seni bina bangunan lama yang dikekalkan.
Terlalu ramai orang di sini sehingga berjalan berasak-asak.
Kira-kira pukul 4.30 petang kami menaiki metro sekali lagi untuk
balik Jinjiang Hotel. Sampai hotel kira-kira pukul 5.00 petang. Aku terus ke
bilik dan berehat setelah berjalan kaki hari ini melebihi 10,000 langkah.
Makan malam di hotel dengan buah-buahan sahaja sambil berbual dengan
rakan lain dan seorang Diplomat Saudi Arabia.
29.30.17 Ahad
Hari menyertai sidang selari berkaitan Internet dan tekonologi.
Antara ramai speaker yang bercakap mereka menekankan pendidikan yang
berbantukan internet. Malah kemajuan teknologi internet juga mampu untuk
membuat penilaian soalan-soalan berbentuk subjektif dan esei.
Selepas selesai kami terus balik ke hotel Jinjiang. Aku yang sudah
pun membuat daftar keluar pada pagi mengambil bagasi aku untuk berpindah ke
hotel lain yang lebih murah iaitu Chengdu Liting Hotel (RM107) yang berhampiran
dengan Tianfu Square.
Kira-kira pukul 6.15 petang aku telah keluar ke Grand Mosque yang
terletak sebelah Masjid Besar tersebut. Ketika aku sampai jemaah sudah pun
selesai solat Maghrib yang masuk pada pukul 6.22 petang. Aku bersolat
bersendirian sahaja. Masjid ini adalah masjid lama yang dikekalkan rupa bentuk
asalnya.
Setelah selesai solat aku berjalan-jalan untuk mencari restoran
halal di situ. Aku temui sebuah restoran yang bagus namun waiter tidak boleh
bercakap bahasa Inggeris. Agak sukar aku berkomunikasi dengan mereka
sehinggalah salah seorang daripada mereka menggunakan khidmat translator
telefon pintar. Aku pesan nasi pilov lagi.
Selepas makan aku terus ke Tianfu Square sambil mengambil beberapa
keping gambar dan terus balik ke hotel.
30.10.17 Isnin
10.00 pagi telah keluar ke Tianfu Square untuk melawat tiga museum
yang ada di sini. Mula-mula aku pergi ke Art Museum tetapi tutup. Notis yang
aku baca pada pintu masuk menyatakan museum ini tutup pada setiap hari Isnin.
Kemudian aku berjalan kaki lagi ke Science and Technology Museum. Juga tutup
untuk orang ramai. Dikatakan untuk pembersihan. Kemudian aku berjalan untuk ke
satu lagi museum, juga tutup.
Di sini aku bertemu dengan seorang pelancong dari Guandong tetapi
perbualan kami amat terhad kerana beliau tidak boleh berbahasa Inggeris. Namun
aku dapat juga minta bantuan beliau untuk bertanya arah ke Jinli Pedestrian
Street yang terkenal. Kami terpaksa menggunakan translator smartphone untuk
berbual.
Akhirnya aku kembali ke Tianfu Square untuk menaiki metro ke Jianli
Street. Di sini aku menghadapi masalah untuk membeli tiket kerana aku tidak
mengetahui stesen manakah yang patut aku turun. Customer Service juga lemah
dalam bahasa Inggeris tetapi boleh juga membantu dengan menulis nama dua buah
stesen yang aku patut berhenti. Hentian pertama berhenti untuk mengambil metro
lain. Aku menggunakan metro Line 2 sebelum bertukar ke metro Line 3. Tetapi
kedua-dua stesen ditulis dalam bahasa Cina.
Aku turun ke Line 2 tetapi tidak mengetahui arah mana metro yang aku
terpaksa guna. Selepas bertanya kepada beberapa orang barulah ada seorang
pemuda yang membawa aku ke stesen-stesen tersebut walaupun arah asal tujuannya
ke lain.
Setibanya aku di sini sambil berjalan keluar sempat aku bertanya
seorang di sebelah aku berkaitan arah ke Jinli Street. Rupa-rupanya dia juga
hendak ke situ. Maka kami berjalan bersama-sama dengan menggunakan bantuan ‘map
direction’ dari telefon beliau.
Jinli Street merupakan suatu perkampungan lama yang dihidupkan
kembali. Terdapat banyak warong-warong yang menjual produk China dan juga
warong-warong makan yang berkonsepkan zaman dahulu kala. Pelancong sangat ramai
di sini sehinggakan aku dan teman aku berpisah selepas beberapa minit berjalan.
Aku meneruskan perjalanan aku menikmati perkampungan tradisi cina lama sambil
meninjau barang-barangan yang dijual.
Setelah hampir sejam di sini aku berjalan ke stesen metro untuk
balik ke Tianfu Square. Perjalanan pulang agak mudah sedikit kerana telah dapat
menghafal laluan datang tadi. Setibanya aku di Tianfu Square, aku terus ke
Masjid Besar Chengdu. Selepas menunaikan solat aku terus mencari restoran
makanan Islam. Aku bertemu dengan 4 orang lagi rakanku yang sedang makan sambil
mengajak aku makan sekali. Aku terpaksa menolak kerana aku ingin mencuba
restoran lain kerana aku telah makan tengahari di restoran ini pada hari
sebelumnya.
Aku terus pergi ke satu lagi restoran yang tidak jauh dari situ. Di
sini aku memesan ‘mee daging’ namun
mereka tidak menyediakan sudu dan camca sebaliknya chopstick sahaja.
Sememangnya restoran ini hanya menyediakan chopstick sahaja. Aku terpaksa juga
makan dengan chopstick.
Makan dengan chopstick |
Selepas makan aku terus balik ke hotel untuk mengambil beg sebelum
ke airport. Kira-kira pukul 4.30 petang aku telah bertolak dari hotel ke
airport. Aku sampai kira-kira pukul 5.00 petang. Pukul 6.30 aku solat berjemaah
bersama-sama kawan aku di satu sudut airport.
Pukul 9.00 mula daftar masuk dan penerbangan pukul 12.10 malam. Kami
tiba di KLIA2 pada pukul 5.00 pagi
No comments:
Post a Comment