Saturday 14 June 2014

Inilah Bilikku di IABU

Mulai 16 Jun 2014 aku secara rasminya akan berpindah ke IAB Kampus Induk di Bandar Enstek, Negeri Sembilan. IAB Cawangan Utara (IABU) akan tetap menjadi kenangan dalam hidupku kerana disinilah aku bertugas paling lama sepanjang kerjayaku sebagai pendidik. Aku mula bertugas di IABU pada 2 Mei 1996 sebagai pensyarah kanan Gred DG3. Hari ini aku telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pusat di IAB Induk mulai 16 Mei 2014 dengan Gred DG54. Selama 18 tahun tinggal di Jitra dan 14 tahun 6 bulan di IABU (cuti belajar 3 thn 6 bulan) telah memberi banyak pengertian dalam hidupku di perantauan. 

Inilah meja dan kerusi yang setia bersamaku untuk lebih 10 tahun di IAB Cawangan Utara.



Aku berhasrat untuk bersara di IABU kerana aku seronok dan mendapat kepuasan berkerja disini. Setelah sekian lama aku disini aku dapat merasakan keserasian jiwa, tugas, persekitaran dan lokasi . Inilah faktor utama kenapa aku menolak beberapa tawaran untuk berkhidmat di IAB Genting Highlands dan Putrajaya sebelum ini. Aku amat sayangkan IABU sehinggakan aku sanggup berkorban apa sahaja bagi memartabatkan IABU sehingga di peringkat antarabangsa. Namun takdir telah menentukan bahawa aku akan meninggalkan IABU sebelum tarikh persaraan wajibku. 
Dinding bilik aku yang dihiasi dengan tag konferens dan kain cenderamata
Aku mula berjinak dengan membuat kajian dan membentangkan hasil kajian tersebut samaada diperingkat nasional atau antarabangsa. Setiap kali aku menghadiri persidangan, konferens, seminar dan sebagainya aku akan menghimpunkan tanda nama peserta/pembentang di dinding bilikku sebagai ingatan kenang-kenangan. Alhamdullilah selama di IAB, aku telah berpeluang membentang kertas kerja ke Itali atas pembiayaan IAB. Namun pembentangan-pembentangan seterusnya adalah atas biaya sendiri seperti di Lisbon, Portugal; Ahmedabad, India; ELLTA, Pulau Pinang dan beberapa lagi.  Selama 18 tahun di IAB, aku hanya berpeluang tiga kali keluar negara yang ditaja oleh IAB iaitu di AIT Bangkok, INNOTECH, Manila dan Pescara Itali.
Papan Putih yang masih dengan model kajian
Bilikku senantiasa dikunjungi rakan-rakan sejawat untuk berbincang hal-hal profesional. Kebanyakan perbincangan tertumpu berkaitan dengan perkara-perkara dengan penyelidikan. Dengan sebab itu, papan putih dalam bilikku sentiasa terlakar dengan pelbagai model kajian hasil perbincangan dengan rakan-rakan sejawat.


Meja tulis ke dengan dua notebook

Inilah mejaku yang sangat berjasa kepada ku dalam mengadakan perbincangan demi perbincangan dengan rakan-rakan yang seringkali masuk dalam bilikku. Kebanyakan perbincangan menghasilkan kepada beberapa tindakan dan kajian yang dilaksanakan. Umpamanya perbincanganku dengan Zamri, dan Dr. Prema akhirnya menghasilkan dua kajian yang dibentangkan dalam 3rd RCELAM 2013. Perbincangan dengan  Dr. Thiayaga menghasilkan kajian yang dibentang di Ahmendabad India. Perbincangan dengan Suzana menghasilkan sebuah buku yang diterbitkan oleh IAB. Dan banyak lagi perbincangan yang akhirnya menjadi identiti IABU seperti program Kumpulan Bina Upaya (KuBU), Pengantarabangsaan IAB, RCELAM dll.
Kabinet di belakang kerusiku



Terdapat dua sofa dalam bilikku yang sering aku gunakan untuk mentelaah. Ia disusun seperti itu bagi memudahkan aku untuk mencapai buku, journal yang ingin aku baca. Sofa juga digunakan untuk berbincang ringan dengan kawan-kawan yang ingin pandanganku mengenai beberapa perkara.

No comments:

Post a Comment